HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015

 

Sambutan Hari Tandas Sedunia akan diadakan pada 19 November 2015 bertempat di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, TERENGGANU

 

 

LIVE STREAMING

MAJLIS SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

SILA TEKAN DI SINI

 

140x140

Latar Belakang

• Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 19 November sebagai Hari Tandas Sedunia susulan cadangan dari Singapura dimana wakilnya tidak kisah jika ada yang menganggap ini sebagai jenaka lucu.

• “Saya pasti ramai dikalangan media dan orang awam akan tertawa apabila membaca laporan bahawa PBB mahu mengisytiharkan Hari Tandas Sedunia,” kata charge d'affaires Singapura Mark Neo sebelum mendapat sebulat suara Perhimpunan Agung PBB yang menyokong langkah berkenaan.

• “Mereka boleh ketawa, terutamanya jika mereka boleh mengiktiraf kenapa terdapat halangan terhadap perbincangan terbuka dan serius tentang masalah kebersihan diri dan kebersihan tandas di seluruh dunia," kata Neo kepada perhimpunan yang mempunyai 193 ahli. Duta itu menegaskan bahawa 2.5 bilion orang di seluruh dunia tidak mempunyai kebersihan yang betul, bahawa 1.1 bilion orang membuang air besar di tempat terbuka dan penyediaan tandas boleh menyelamatkan kehidupan lebih daripada 200,000 kanak-kanak setiap tahun.

• Singapura mengambil langkah ini atas usaha Jack Sim, warganegara Singapura yang dikenali sebagai "Mr Toilet" kerana usaha beliau untuk meningkatkan tahap kebersihan tandas di seluruh dunia. Timbalan Setiausaha Agung PBB Jan Eliasson memuji tindakan Singapura. "Kebersihan tandas yang betul adalah soal maruah asas," kata Eliasson.

140x140

Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

• Negeri Terengganu diberi penghormatan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjadi tuan rumah sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 19 November 2015 bertempat di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu dengan tema ".

• Penganjuran Hari Tandas Sedunia yang disambut 19 November setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan terutama menjaga kebersihan tandas.

• Pelbagai program diadakan termasuk ekspo tandas, seminar dan pelbagai lagi. Kita turut menjemput pemilik kedai perkakasan (hardware) untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pemasangan tandas yang betul dan sebagainya.Disasarkan sekurang-kurangnya 5,000 pengunjung akan hadir sepanjang sambutan itu.

• Penganjuran Hari Tandas Sedunia juga merupakan kempen supaya orang ramai menggunakan tandas awam dengan baik dan memastikannya sentiasa terjaga. Secara tidak langsung akan memberi satu pandangan positif kepada orang ramai mengenai usaha kerajaan untuk memastikan tandas-tandas awam berada dalam keadaan bersih dan dilengkapi kemudahan lengkap.

 

 

Capaian